Wednesday, 5 February 2014

Sentuhan mempunyai magis yang sangat kuat. Melalui sentuhan, kasih sayang terbina utuh. Antara suami dan isteri, antara ibu dan anak juga antara ayah dan anak.

Ia menjadi komunikasi di awal kelahiran seorang bayi. Kajian yang telah dilakukan di seluruh dunia mendapati sentuhan memberikan kesan positif kepada bayi.
 

1. Bayi yang baru lahir mampu merasa sentuhan daripada ibu dan ayahnya. Sentuhan yang dilakukan dengan kasih sayang dapat menenangkan bayi yang berada dalam keadaan yang tidak selesa.

2. Ketika baru lahir, tangannya sentiasa dalam keadaan seperti menggenggam sesuatu dan bayi sentiasa menggerakkan anggota badannya seperti tangan dan kaki. Bayi akan bertindak balas apabila disentuh atau diagah oleh ibu ayahnya.
 
 3. Peluk, dukung dan mengurut bayi merupakan satu cara untuk merangsang deria sentuhan. Jangan tinggalkan bayi terlalu lama bersendirian kerana ini akan menghalang bayi dari mendapat rangsangan sentuhan.

4. Sentuhan membuatkan bayi merasa dirinya selamat dan dilindungi oleh kedua ibu bapanya. Pegang dan belailah tangannya. Kemudian sentuh pada bahagian belakangnya. Sentuhan akan membuatkan bayi rasa selesa.

5. Bagi bayi pramatang pula, sentuhan adalah terapi baginya. Ia adalah keperluan untuk menambahkan berat badannya dan mengurangkan tekanan kesakitan yang dialami bayi. Sekaligus mampu memberikan kesihatan yang baik kepada bayi.

6. Sebelum bayi dapat melihat dengan jelas, dia belajar tentang dunia persekitaran, emosi dan fizikal daripada sentuhan. Bahkan kelembutan barang permainan pertamanya!
 
SUMBER

0 comments:

Post a Comment